Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kini Lebih Mampu Milik, Proton S70 Varian Baharu Bermula RM56,800 Dengan Rebat RM3,000

today23 September 2026

Background
Kini Lebih Mampu Milik, Proton S70 Varian Baharu Bermula RM56,800 Dengan Rebat RM3,000


PROTON hari ini secara rasmi melancarkan dua varian baharu bagi model sedan popularnya, Proton S70 Lite dan Prime 2026, yang ditawarkan pada harga bermula RM56,800.

Pelancaran ini meluaskan lagi rangkaian keluarga S70 menerusi penawaran 10 ciri mendahului kelasnya serta enjin beraspirasi semula jadi (naturally aspirated).

Sejak tempahan dibuka pada 7 September lalu, kedua-dua varian baharu ini telah mencatatkan lebih 10,000 unit tempahan dalam tempoh dua minggu.

Prestasi menggalakkan ini meneruskan momentum kejayaan Proton S70 yang mencatatkan jualan purata bulanan melebihi 2,500 unit sepanjang tahun 2026.

Kini Lebih Mampu Milik, Proton S70 Varian Baharu Bermula RM56,800 Dengan Rebat RM3,000
Sumber Gambar: Proton Cars

Bagi menghargai pembeli awal, PROTON menawarkan ganjaran early bird berupa rebat tunai sebanyak RM3,000 bagi pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftarkan kenderaan mereka sebelum atau pada 31 Disember 2026.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Abdul Rashid Musa berkata, pengenalan varian Lite dan Prime…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post