
Nama Lamine Yamal kini menjadi sebutan seluruh dunia selepas muncul sebagai antara pemain muda terbaik bersama Sepanyol dan Barcelona.
Namun, di sebalik nama yang cukup unik itu, tersimpan kisah yang sangat menyentuh hati.
Menurut laporan The Athletic, Lamine Yamal adalah nama pertama yang diberikan ibu bapanya sebagai tanda penghargaan kepada dua individu yang pernah mengubah kehidupan mereka.
Sebelum Yamal dilahirkan pada 2007, ibu bapanya berdepan kesukaran kewangan sehingga sukar membayar sewa rumah.
Ketika itulah dua lelaki bernama Lamine dan Yamal tampil membantu keluarga mereka. Sebagai mengenang jasa kedua-dua insan tersebut, ibu bapanya menamakan anak mereka dengan gabungan dua nama itu.
Malah, identiti dua individu berkenaan tidak pernah didedahkan kepada umum.
Nama penuh bintang Sepanyol itu ialah Lamine Yamal Nasraoui Ebana. “Nasraoui” ialah nama keluarga bapanya yang berasal dari Maghribi, manakala “Ebana” pula merupakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
