DENGAN peningkatan karies (kerosakan atau keadaan busuk pada gigi) dalam kalangan anak kecil, penting untuk pengguna menilai dengan teliti bahan-bahan dalam susu formula kanak-kanak.
Susulan kisah viral adik Chempaka Aulia, yang mana 20 batang gigi susunya dicabut akibat pengambilan susu formula yang mengandungi maltodekstrin atau gula tersembunyi, ibu bapa digesa membuat pilihan lebih baik untuk anak-anak mereka.
Walaupun sesetengah formula yang dipasarkan untuk kanak-kanak berumur satu tahun ke atas mempunyai ramuan bermanfaat, kebanyakannya mengandungi maltodekstrin, iaitu sejenis karbohidrat.
Bahan ini, walaupun tidak berwarna dan tidak berbau, memberikan rasa manis yang sedikit dan dimasukkan ke dalam susu formula untuk memberikan bayi tenaga, meniru kandungan karbohidrat susu ibu.
Pun begitu, penggunaan maltodekstrin yang berlebihan, seperti mana-mana karbohidrat, boleh menyebabkan penambahan berat badan jika tidak seimbang dengan aktiviti fizikal.
Kajian terdahulu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
