Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Kitchen Saver jana hasil lumayan

today2 September 2021

Background


PETALING JAYA – Perubahan gaya hidup masyarakat yang sentiasa sibuk menguruskan rutin harian telah memberi peluang kepada cabang perniagaan pemprosesan bahan kisar untuk masakan semakin popular.

Melihat kepada potensi tersebut, Kitchen Saver Sdn. Bhd. telah memulakan ope­rasinya sejak April tahun lalu dengan mengeluarkan bahan kisar untuk memasak seperti bawang, halia, kunyit, lengkus dan cili di bawah jenama Kit­chen Saver.

Pengarahnya, Nur Harfiza Hashim berkata, syarikat yang memiliki kilang pemprosesan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu kini menawarkan sembilan jenis produk yang berharga antara RM15 hingga RM18 sebotol.

Antara produk keluarannya adalah bawang putih kisar, bawang Holland kisar, bawang besar, kunyit, lengkuas, serai, cili padi, cili kering dan halia yang masing-masing siap di kisar

“Kami berjaya mencipta kelainan dan berinovatif untuk membantu masyarakat memasak dengan lebih mudah di dapur. Selain itu, kami juga mahu berkongsi rezeki dengan ibu tunggal atau…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post