PETALING JAYA – KK Super Mart telah membuat persediaan yang rapi dalam aspek sistem dan susun atur barangan di dalam kedai di semua cawangannya di seluruh negara bagi memudahkan pelanggan memanfatkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sebanyak RM100 bagi semua rakyat yang berumur 18 tahun keatas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, barangan yang layak dibeli dengan Sara telah dipilih dan dilabel dengan jelas agar pelanggan dapat mengenal pasti barangan dengan mudah.
“Orang ramai hanya perlu berkunjung ke KK Super Mart terdekat, lalu mencari label MyKasih / Sara lalu memilih barangan yang ditandakan serta ikuti arahan juruwang semasa pembayaran.
“Pasukan kami yang terlatih sedia membantu agar setiap transaksi berjalan lancar dan pantas,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
KK Super Mart memaklmumkan dengan operasi 24 jam sehari, sepanjang tahun, pelanggan boleh merancang kunjungan mereka dengan selesa malah dapat mengelak daripada berdepan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: