
Sekurang-kurangnya separuh daripada warga emas di negara ini disasarkan mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli menjelang tahun 2030, kata Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Menteri Kesihatan itu berkata sasaran tersebut selaras dengan Pelan Strategik Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2022-2030 yang ditetapkan oleh kementerian bagi golongan warga emas, petik The Star.
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa 2020, hanya 34.3% warga emas mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli, manakala 13.9% mengalami had fungsi mulut yang menjejaskan kualiti hidup mereka, katanya.
“Gigi adalah pintu masuk ke dalam badan. Kami mahu memastikan pintu masuk ini terus berfungsi dan melindungi daripada pelbagai risiko, termasuk jangkitan dan masalah berkaitan pemakanan, yang mana ia sangat penting.
“Saya telah menekankan bahawa tiada kesihatan tanpa kesihatan mulut, kerana ia mencerminkan peranan penting kesihatan pergigian dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: