Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Peluang terbaik untuk mencipta satu lagi sejarah kini sedang menanti pasukan bola sepak Kuala Lumpur (KL City) apabila mereka bakal mara ke perlawanan akhir Antara Zon (Inter-Zone) jika berjaya menewaskan PSM Makassar di perlawanan akhir Zon ASEAN Piala AFC 2022 (AFC Cup) pada 24 Ogos ini.
Pasukan yang dinobatkan sebagai juara Zon ASEAN sepatutnya bertemu kelab dari India, ATK Mohun Bagan di peringkat separuh akhir Antara Zon namun ATK Mohun Bagan tidak dibenarkan beraksi kerana Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) telah digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ekoran campur tangan pihak ketiga dalam organisasi tersebut.
Penggantungan tersebut bermakna skuad kebangsaan India dan kelab dari negara itu tidak boleh beraksi dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) seperti Piala Asia 2023, AFC Champions League atau Piala…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
