Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) bakal menggunakan logo baharu dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan apabila Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) merancang untuk menganjurkan pertandingan reka cipta logo.
Perkembangan itu didedahkan oleh Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar menurut laporan Sinar Harian.
Baca Juga:
Ini kerana beliau mahu KL City kembali dengan gelaran “The Hawks” yang dilihat menggambarkan kekuatan dan ketangkasan pasukan.
“Maknanya tahun ini kita akan adakan pertandingan (dan) tahun depan jersi baharu KL City akan ada logo yang baru. Macam tahun ini kita tak boleh tukar di atas jersi.
“(Berkenaan maklumat lanjut tentang cara pertandingan dijalankan) kita belum mesyuarat lagi bila kita nak adakan pertandingan itu tapi saya akan maklumkan kepada kelab nanti,” katanya kepada pemberita.
Harimau di logo KL-City tak relevan. Identiti The Hawk bakal kembali. Satu pertandingan mencipta logo bakal di buat. Detail…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
