Site icon Kool FM

KL City Sedia Lakar Sejarah Malam Esok


Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak mengakui tugas sukar sedang menanti pasukannya apabila bakal menentang PSM Makassar dalam aksi final Piala AFC Zon Asean di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Malah, KL City berpeluang mencipta satu lagi sejarah sebagai juara Zon ASEAN sekaligus mara ke final Antara Zon (Inter-Zon).

Pasukan yang dinobatkan sebagai juara Zon ASEAN sepatutnya bertemu kelab dari India, ATK Mohun Bagan di peringkat separuh akhir Antara Zon namun ATK Mohun Bagan tidak dibenarkan beraksi kerana Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) telah digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ekoran campur tangan pihak ketiga dalam organisasi tersebut.

Bagaimanapun, Bojan Hodak harus memikirkan strategi terbaik untuk mencapai kemenangan dan beliau terpaksa memilih sama ada untuk menurunkan penjaga gol import, Kevin Ray Mendoza atau dua tonggak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version