Site icon Kool FM

KL East Mall Anjur Solat Tarawih Raih Pujian, Mudahkan Pengunjung Beli-Belah


Walaupun bulan Ramadan baru bermula, orang ramai sudah membanjiri pusat beli-belah untuk membeli kelengkapan Hari Raya.

KL East Mall menjadi salah satu lokasi pusat beli-belah yang menjadi tumpuan warga Lembah Klang pada masa ini.

Menerusi perkongsian penduduk setempat, kini kawasan sekitar pusat beli-belah itu luar biasa sesak daripada kebiasaannya. Lebih-lebih lagi pada hari minggu.

Bagi menampung kehadiran, serta keselesaan para pengunjung, KL East Mall telah menyediakan surau tambahan untuk kemudahan solat fardu & tarawih.

Surau tambahan itu terletak di Aras LG (berdekatan Jaya Grocer / The Coffee Bean & Tea Leaf), bagi menampung tambahan kapasiti surau sedia ada yang berada di Aras G2 (berdekatan Harvey Norman / Telekung Tea).

Pada masa sama KL East Mall turut menganjurkan solat tarawih berjemaah setiap Sabtu & Ahad sepanjang Ramadan ini.

@rusydi.official

Solat terawih dalam shopping mall? Patutlah raya kali ni ramai ke KL EAST MALL, bukan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version