Naib juara Liga M3, KL Rovers kini berhasrat untuk menyertai Liga Singapura pada musim 2024 selepas Malaysia Football League (MFL) mengumumkan slot ke-14 Liga Super bakal menjadi milik Perlis United.
Menerusi satu surat yang tular di laman sosial, KL Rovers memohon sokongan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memudahkan urusan menyertai Liga Singapura.
Baca Juga:
“Kami yakin setelah bergelar Naib Juara di Liga MBSB Bank Championship selama dua tahun berturut-turut, kami layak untuk bersaing di liga tersebut dan seterusnya mengharumkan nama negara.
“Pihak kami amat berbesar hati agar hasrat kami ini mendapat sokongan dari FAM dengan harapan ianya dapat memberikan lebih banyak peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk menyerlah potensi mereka di liga luar,” tulis petikan daripada surat tersebut.
KL Rovers berhasrat sertai Liga Singapura musim ini. Di fahamkan sudah menghantar surat permohanan menerusi badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
