Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KL Thunder Raih Kejuaraan Hatrik

today13 October 2024

Background
STL 2024


Kuala Lumpur (KL) Thunder meneruskan momentum cemerlang dalam saingan Sepak Takraw League (STL) 2024 apabila meraih kejuaraan Grand Prix (GP) buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Selangor Pistons di Stadium Indera Mulia, Ipoh sebentar tadi.

Membariskan Zarif Marican Ibrahim Marican sebagai tekong, Azlan Alias (apit kanan) dan Amirul Zazwan Amir (apit kiri), KL Thunder nyata sukar digugat walaupun Selangor Pistons cuba untuk memberikan saingan.

Baca Juga:

Namun, pengalaman luas dimiliki trio KL Thunder itu jelas menyukarkan tugasan Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi dan Zuhri Mohd Zin selaku tekong, Muhammad Ariff Daniel Mohammad Aripin (apit kanan) dan apit kiri, Arif Mohd Badri.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya KL Thunder untuk memastikan kejuaraan menjadi milik mereka dengan kemenangan 15-10, 15-11.

Kejayaan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan KL Thunder di tangga teratas bagi carta keseluruhan dengan mengumpul 96 mata, jauh meninggalkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Hasrat Pearly-Thinaah tidak kesampaian

Kuala Lumpur: Impian beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah untuk mengikuti jejak langkah Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergelar juara Terbuka Artik di Vantaa, Finland tidak kesampaian apabila kecundang di pentas final.

today13 October 2024