PETALING JAYA – Penganjuran KL20 Summit di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 dan 23 April ini dilihat bakal menjadi platform yang mengukuhkan kedudukan negara dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), terutamanya melibatkan inovasi, penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi Malaysia, acara berkenaan menghimpunkan syarikat pemula, pelabur dan pemimpin industri untuk memupuk inovasi, kerjasama dan pertumbuhan ekosistem syarikat pemula di Malaysia.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ketika Malaysia telah bertapak kukuh dalam aktiviti penting industri E&E melibatkan pemasangan dan ujian, keperluan untuk kemajuan kini semakin jelas, terutamanya ketika melihat ke arah aktiviti bernilai lebih tinggi termasuk reka bentuk, fabrikasi dan komponen bernilai tinggi.
“Kesedaran ini bukan baharu, tetapi persoalan pentingnya adalah sama ada kita berpuas hati untuk mengekalkan status quo, atau bersedia mengatasi keupayaan semasa?
“Kertas tindakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: