Kumpulan pop rock tempatan, Klangit kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Kau Bersama Dia’.
Lagu ‘Kau Bersama Dia’

Lagu ini sebuah karya yang berkisar tentang luka cinta, keikhlasan dan kekuatan untuk merelakan insan tersayang pergi bersama orang lain.
Tampil dengan melodi bernuansa melankolik dan lirik yang dekat dengan realiti kehidupan, lagu ini membawa mesej bahawa cinta sejati tidak semestinya memiliki, sebaliknya kadangkala hadir melalui pengorbanan dan penerimaan walaupun sukar untuk dilalui.
Menurut Klangit, lagu tersebut bermula daripada melodi asas yang penuh emosi sebelum dikembangkan menjadi susunan muzik dan lirik yang lebih mendalam namun mudah dihayati pendengar. Elemen muzik yang disusun secara berlapis turut membantu menguatkan penceritaan dalam karya berkenaan.
Lebih menarik, ‘Kau Bersama Dia’ turut menampilkan kolaborasi bersama Dina Rijeu.
Karya tersebut juga diinspirasikan daripada pengalaman sebenar ahli kumpulan Klangit sendiri serta kisah individu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: