PETALING JAYA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) telah menerima Akreditasi Kesihatan Lapangan Terbang (AHA) daripada Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).
Ciri keselamatan di kedua-dua lapangan terbang tersebut ditanda aras berdasarkan panduan Pemulihan dan Permulaan Semula Perniagaan Penerbangan ACI, saranan daripada Pasukan Petugas Khas Majlis Pemulihan Penerbangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan amalan industri terbaik.
Aset Malaysia Airports iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Turki telah menerima akreditasi yang sama awal tahun lalu.
Empat lagi lapangan terbang tempatan bakal menyusul menerima akreditasi tersebut iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Subang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
