
KUALA LUMPUR – Klinik Dr Hasbi bakal membangunkan Pusat Perubatan dan Kesihatan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan kesihatan moden termasuk rehabilitiasi yang akan disiapkan tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Hasbi Harun berkata, pusat perubatan yang menelan belanja antara RM6 juta tetapi mungkin akan mencecah hampir RM10 juta itu kerana ia akan melibatkan pembelian mesin perubatan berteknologi tinggi dan keperluan lain.
Menurut beliau, melalui pusat perubatan yang sedang dalam pembinaan itu bukan sahaja akan dapat memenuhi keperluan kumpulan pesakit dari dalam negeri tetapi juga dari negara jiran seperti Singapura dan juga Hong Kong.
“Untuk perancangan masa depan, kami juga akan membuka cawangan di Pulau Pinang dan juga Johor,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Klinik Dr. Hasbi dengan kumpulan selebriti, Ruffedge yang mana melalui kerjasama tersebut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: