KUALA TERENGGANU – Pusat Perubatan KMI Kuantan, Pahang milik Kumpulan TDM Berhad telah menerima akreditasi penuh daripada Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH).
Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare, Dr. Rayney Azmi Ali berkata, akreditasi untuk kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan itu merupakan yang pertama diterima oleh pusat perubatan milik TDM yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu.
“Pentauliahan akreditasi oleh MSQH tersebut merupakan perakuan terhadap kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan ditawarkan KMI Kuantan telah memenuhi piawaian ditetapkan.
“Ia merupakan penanda aras perkhidmatan KMI Kuantan adalah setanding dengan pusat perubatan terkemuka lain di negara ini,” katanya di sini.
Terdahulu Rayney menyaksikan menyampaikan sijil akreditasi berkenaan yang diterima Pengurus Besar KMI Kuantan, Muhammad Ghazali Zainal Yusof daripada Ketua Pegawai Eksekutif MSQH, Prof. Datuk Dr. Abdul Rahim Abdullah.
Selain itu, Rayney Azmi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: