Komposer dan penyanyi rap, Kmy Kmo menjelaskan tentang makna nama pentasnya selepas ia menjadi persoalan dalam kalangan warganet baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perlu’ Gabungkan Luca Sickta, Kmy Kmo & Yonnyboii
Artikel berkaitan: Peminat Hip Hop Dakwa Lagu ‘Mambang’ Ditujukan Kepada Malique, Ini Cerita Sebenar Dari Altimet
Penjelasan Kmy

Menerusi hantaran di Threads, Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim berkata, nama Kimo dipilih diinspirasikan daripada kekuatan ibunya yang pernah menjalani rawatan kimoterapi akibat kanser.
Kimi Kimo ( Kimi tu singkatan dari nama penuh saya dan “Kimo” tu datang dari satu pengalaman hidup yang dimana umi (ibu) saya seorang pesakit kanser tahap 2-3 ( survived ) yang melalui proses “kimoterapi ( chemotherapy ).
Menurut pelantun lagu 7 Nasihat itu, semangat dan ketabahan ibu menjadi dorongan untuknya.
Selepas saya tengok kekuatan umi saya lalui proses pancaran radioaktif, ini buatkan saya ingin letak nama Kimo sebagai nama pena…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: