Kodak, sebuah nama yang dahulunya sinonim dengan dunia fotografi, mempunyai sejarah yang kaya dan penuh dengan inovasi, kejayaan yang luar biasa. Namun, era kegemilangnya tampak sudah menemui jalan buntu dan mungkin akan berakhir tidak lama lagi.
Memetik laporan terkini CNN, syarikat fotografi terkenal, Eastman Kodak, yang berusia 133 tahun, telah mengeluarkan amaran serius kepada para pelabur bahawa mereka mungkin tidak akan dapat bertahan lama.

Syarikat itu kini berdepan dengan masalah kewangan yang kritikal, termasuk kerugian besar dan kebimbangan tentang keupayaan untuk membayar hutang.
Dalam laporan pendapatan syarikat pada Isnin, Eastman Kodak memberi amaran bahawa mereka tidak mempunyai “pembiayaan komited atau kecairan yang tersedia” untuk membayar kira-kira $500 juta dalam obligasi hutang yang akan datang.
“Keadaan ini menimbulkan keraguan yang besar tentang keupayaan syarikat untuk meneruskan operasi sebagai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: