Kool FM

Safiey Ilyas Ditahan Reman 3 Hari, Sempat “Catwalk” Dalam Perjalanan Ke Bilik Mahkamah

Baru-baru ini tular apabila pengasas produk kosmetik terkenal, Safiey Ilyas membuat live bersama rakannya, Pipi Natasha dan dua orang remaja lelaki yang masing-masing berusia 14 dan 15 tahun. Apa yang menggemparkan adalah Safiey dikatakan telah menayangkan buah dadanya dan bercakap tentang perkara lucah kepada kanak-kanak bawah umur itu.

Ini membawa kepada rasa bimbang wargamaya kerana apa yang dilakukan Safiey itu dikatakan melampau. Safiey dituduh melakukan child grooming terhadap dua remaja lelaki berkenaan lalu akaun Instagram miliknya dilaporkan kepada pihak berkuasa. Selepas menerima laporan,  pihak polis berjaya menahan Safiey Ilyas semalam bagi membantu siasatan.

Baca juga: Tular Safiey Ilias Buat Video Live Tak Senonoh Dengan Budak “Underage”, Netizen Mahu Tindakan Keras Diambil

Pihak polis cuba mendapatkan perintah tahanan reman ke atas Safiey dan Pipi di mana kes ini disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Oleh itu, hari ini mereka dihadapkan ke mahkamah dengan seorang peguam bela. Pihak mahkamah putuskan supaya mereka ditahan reman selama 3 hari.

Menerusi video yang dirakamkan oleh mStar, Safiey dan Pipi langsung tak nampak gelisah atau takut. Malah, Safiey sempat lagi melakukan “catwalk” sepanjang perjalanan ke bilik mahkamah. Dia juga sempat bertanya kepada rakannya, “cantik tak rambut I?”.

                                 

Meninjau ke ruangan komen, ada yang terkejut dengan reaksi Safiey yang tenang walaupun sudah dipakaikan baju tahanan. Kalau orang lain pasti dah gelisah dan tak hiraukan langsung pasal rambut. Ramai yang setuju jika Safiey dikenakan tindakan keras sebagai pengajaran kepada dirinya dan juga orang lain.

Perkara seperti ini bukanlah perkara remeh. Jika ada yang sudah berani melakukan aksi lucah seperti ini secara terbuka, tidak mustahil jika ada yang mengikut jejak langkah ini. Lebih membimbangkan apabila ia melibatkan kanak-kanak di bawah umur. Mereka tidak sepatutnya “diajar” dengan cara yang begini. Apa pun, kita harap siasatan ke atas kes ini dipermudahkan.

Baca juga: Teruk Dihentam, Prof Muhaya Tampil Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Isu “Buat Bodoh-Bodoh”

Sumber: mStarHarian Metro

Exit mobile version