Site icon Kool FM

Komen Rakyat Malaysia ‘Claim’ Pacu Jalur Rupanya Dari Warga Indonesia


Sejak tarian di dalam acara pacu jalur menjadi trend di peringkat global, semakin banyak pula komen yang boleh dikira batu api oleh sebahagian pengguna yang cuba ‘claim’ sebagai warisan Malaysia di media sosial.

Keadaan ini beralutan sehingga ke hari ini yang mana membuatkan rakyat Malaysia sendiri tidak berpuas hati kerana kita bukanlah jenis yang suka mengakui budaya orang lain sesuka hati.

Namun, sebuah akaun di TikTok telah membongkar dalang di sebalik individu yang menyamar menerusi akaun-akaun palsu dalam menyebar kebencian terhadap Malaysia.

Hal ini kerana boleh dilihat menerusi pelbagai video berkaitan sukan itu, pasti terdapat sejumlah komentar dari akaun-akaun palsu yang mendakwa mereka dari Malaysia dan cuba mengadu domba serta ‘claim’ tradisi tersebut sebagai dari negara ini.

Susulan itu, berpusu-pusulah netizen Indonesia yang mereka cerita mendakwa rakyat Malaysia cuba mengejar populariti serta mengambil hak cipta kebudayaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version