Site icon Kool FM

Komen Ringkas Cetus Impian Baru, Zach King Mahu Bikin Filem Dengan Sofyank


Sofyank, content creator muda Malaysia yang terkenal dengan video kreatifnya, baru-baru ini berkongsi kegembiraannya selepas menerima komen tawaran buat filem dari seorang figura dunia ilusi visual, Zach King.

Komen itu bukan sahaja mencuri perhatian ramai, tetapi turut memberi semangat baru kepada Sofyank untuk merealisasikan impian besar – menghasilkan filem pendek bersama Zach King.

Dalam perkongsiannya di Instagram, Sofyank menyatakan walaupun ia hanya sekadar komen, kata-kata dari Zach King yang berbunyi, “Well, this is wild Sofian! We need to make a movie together!” telah mengubah perspektif dan aspirasi hidupnya.

“Kalau ada rezeki, saya takkan lepaskan peluang emas ini,” tulisnya dengan penuh semangat.

Sebagai seorang yang terkenal dengan kandungan berunsur ilusi visual dan kreatif, Sofyank kini berazam untuk menjadikan impian ini satu kenyataan.

Dia turut meminta doa dan sokongan daripada peminatnya untuk terus berjaya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version