Kool FM

Komitmen Hoya pertingkat kesedaran pentingnya pemeriksaan kesihatan mata


KUALA LUMPUR – Hoya Malaysia komited untuk meneruskan usaha bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan kempen membantu masyarakat untuk tempoh jangka panjang bagi melindungi penglihatan generasi muda dan kanak-kanak khususnya.

Kempen, A Million Visions telah dilaksanakan di seluruh negara adalah antara inisiatif syarikat dan kini ia telah selamat disempurnakan.

Bersempena dengan Hari Penglihatan Sedunia 2025, acara selama seminggu ini menawarkan pemeriksaan mata percuma untuk kanak-kanak berumur lima  hingga 12 tahun di lebih 800 Kedai Optik Penjagaan Mata Profesional di seluruh negara.

Pengarah Urusan Hoya Malaysia, Lew Chee Quin berkata, melalui kempen ini, syarikat dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibu bapa serta penjaga tentang pentingnya setiap kanak-kanak berhak mendapat penglihatan yang jelas dan sihat.

Menurutnya  kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang peningkatan isu miopia dalam kalangan kanak-kanak serta kepentingan membuat pengesanan awal….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version