Site icon Kool FM

Komitmen Kewangan Kerajaan Besar, Sukar Mansuhkan Hutang PTPTN


Pemansuhan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sukar dilaksanakan kerana kerajaan ketika ini mempunyai komitmen kewangan yang begitu besar.

Menurut laporan Harian Metro, kerajaan juga perlu mengambil kira komitmen peminjam yang sudah membayar hutang berkenaan kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

“Isu PTPTN ini menjadi isu yang agak lama dan semua parti pun meletakkan dalam manifesto masing-masing, termasuk sebelah sini (kerajaan) dan juga yang di sebelah sana (pembangkang).

“Cuma dalam keadaan sekarang ini, memang untuk kita hapuskan (hutang) agak sukar dengan komitmen kerajaan yang begitu besar dan kita juga kena fikirkan, bila kita mahu hapuskan yang belum membayar, kita kena fikirkan juga yang sudah membayar itu.

“Jadi maknanya, komitmen (bayaran) jika tidak silap dalam RM76 bilion yang sudah membayar, jadi kita perlukan dana ini untuk kita buat “rolling” bagi membiayai pendidikan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version