Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Komitmen UDA dalam program CSR dihargai

today8 December 2021

Background


PETALING JAYA – UDA Hol­dings Berhad (UDA) berjaya meraih Anugerah Syarikat Terbaik bagi kategori Kecemerlangan Kepimpinan dalam Inisiatif Komuniti dan Kelestarian di Sustainability & CSR Malaysia Award.

Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, pihaknya sentiasa komited dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di seluruh Malaysia.

“Usaha ini selari dengan tunggak utama perniagaan UDA iaitu memperkasa gaya hidup lestari,” katanya dalam kenyataan.

Norliza menjelaskan, program CSR UDA Cares menerusi empat tunggak utamanya iaitu Project RE, Educational, Enriching Life dan Entrepreneur telah menyalurkan sumbangan dan zakat berjumlah hampir RM60 juta pada tahun 2020.

Tambah beliau, Kumpulan telah menyalurkan bantuan ke lima buah hospital, menyediakan bantuan pengecualian sewa dan moratorium kepada usahawan.

Selain itu, UDA turut me­nyumbangkan zakat ke Asrama Kebajikan Ar-Rayyan di Johor dan juga Tabung Musaadah Khaira Pusat Pungutan Zakat.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post