Site icon Kool FM

Kongsi Rezeki Ramadan McDonald’s Malaysia santuni pelajar B40, OKU


KUALA SELANGOR – McDonald’s Malaysia meneruskan inisiatif kemasyarakatan mereka dengan mengunjungi Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya, di sini untuk menyantuni komuniti pelajar menerusi Program Kongsi Rezeki Ramadan, baru-baru ini.

UNISEL dipilih sebagai lokasi utama keempat dalam Program Kongsi Rezeki Ramadan tahun ini, memandangkan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) milik Kerajaan Negeri Selangor itu memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pendidikan buat pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Ini selaras dengan komitmen McDonald’s Malaysia yang turut menawarkan sokongan kebajikan, pendidikan, dan pekerjaan kepada belia dari keluarga memerlukan melalui pelbagai inisiatif, sama ada secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) mahupun kerjasama strategik dengan institusi pendidikan tinggi.

Usaha menyantuni dan membangunkan modal insan yang sering dijalankan oleh McDonald’s Malaysia adalah aspirasi Pengarah Urusan dan Operasi Tempatannya, Datuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version