Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kongsi Video Suasana Aidilfitri, Rekaan Rumah Baharu Zahirah MacWilson Dan Aiman Hakim Redza Jadi Bualan

today19 April 2024

Background


Sejak Rabu yang lalu, kita sudah menyambut sambutan Aidilfitri dan pasti anda sudah ziarahi saudara-mara anda. Terbaharu, pelakon Zahirah MacWilson telah berkongsi suasana sambutan Aidilfitri di rumahnya.

Untuk pengetahuan anda, rumah tersebut baru sahaja siap diubahsuai oleh suaminya yang juga merupakan pelakon, Aiman Hakim Redza serta idea rekaan dalaman diberikan oleh Zahirah.

Menerusi video itu, dapat dilihat rumah mereka cukup luas dan rekaannya ada berunsurkan nature kerana mempunyai kebun bunga sendiri.

Malah, rekaannya juga simple dan terlihat modern serta memiliki banyak ruang luas untuk bersosial. Video terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen teruja mahu lihat keseluruhan rumah mereka.

Bukan itu sahaja, para netizen turut memuji bakat Aiman yang meneraju proses pengubahsuaian kediaman mereka itu. Adakah anda mahu melihat ‘house tour’?

Written by: Nur Syamimi


Previous post

Luar Negara

Amerika Syarikat terima notis serangan Israel ke atas Iran

Washington: Amerika Syarikat (AS) menerima notis awal mengenai serangan Israel dilaporkan ke atas Iran, tetapi tidak menyokong operasi itu atau memainkan sebarang peranan dalam pelaksanaannya, media AS memetik kata pegawai yang berkenaan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 April 2024