Site icon Kool FM

Konsert Dewa 19 Ditambah Satu Malam, Tarikh Sehari Awal Buat Peminat Tegar Kecewa




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Umum mengetahui bahawa tiket Konsert 30 Years of Dewa 19 sempena ulang tahun ke-30 di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 10 September depan habis dijual dalam tempoh sejam semalam.

Menerima sambutan hangat dalam kalangan peminat, dalam satu pengumuman di Instagram, Konsert 30 Years of Dewa 19 bakal ditambah satu malam lagi iaitu pada 9 September.

Difahamkan, tarikh untuk konsert tambahan adalah sehari sebelum tarikh konsert asal dan pastinya pengumuman ini akan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang ‘berperang’ mendapatkan tiket.

Pengumuman tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata peminat yang telah membeli tiket konsert semalam berasa kecewa kerana tarikh konsert mereka akan jadi malam kedua.

Bukan itu sahaja, para peminat tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan meminta untuk menganjurkan konsert malam kedua pada hari selepas 10…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version