Dalam era yang semakin mencabar dengan lambakan hiburan tanpa sempadan, satu program istimewa bakal menghimpunkan masyarakat dalam sebuah malam yang penuh dengan penghayatan cinta kepada Rasulullah SAW menerusi penganjuran Konsert Malam Qolbu yang dijadual berlangsung pada 24 Ogos ini di Idealive Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: ‘UNIC Trauma Dengan Apa Yang Terjadi’ – Bazli
Artikel Berkaitan: Fitri Haris Buat Laporan Polis, Penganjur Konsert ‘This Is UNIC’ Didakwa Belum Lunaskan Bayaran
Barisan artis terkenal

Konsert ini diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul, ianya bukan sekadar berteraskan muzik Islamik, malah membawa misi yang lebih besar iaitu mengajak umat Islam mengingati dan meneladani junjungan agung Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia.
Menurut wakil penganjur, idea penganjuran Konsert Malam Qolbu tercetus daripada rasa tanggungjawab serta kecintaan terhadap Rasulullah SAW, yang dirasakan wajar disampaikan melalui medium…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: