Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Konsert Solo Pertama ‘Amy Search Magic’ Bakal Gegarkan Axiata Arena 26 April Ini

today28 January 2025

Background


Tiket untuk konsert ini akan mula dijual bermula 5 Februari 2025 di www.wowtix.com.my .

Harga tiket bermula daripada RM188 (Cat 6- Tiada lagi ), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388 (Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kamilah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) dan RM788 (Cat 1- Rock Royalty).

Dalam pada itu, Amy menafikan bersikap jual mahal apabila menolak pelawaan beberapa penganjur untuk mengadakan konsert solonya sebelum ini.

“Saya bukan jual mahal, tapi siapa produser konsert adalah penting untuk saya. Mereka perlu memahami latar belakang saya.

“Saya perlukan orang yang tepat dan waktu yang tepat sebelum setuju untuk menjayakan konsert. Melalui konsert solo ini, saya ingin mempersembahkan bukan saja muzik, tetapi juga jiwa saya.

“Lagu-lagu yang akan saya bawakan adalah bukan sekadar hits, tetapi juga pengalaman hidup yang membentuk siapa saya hari ini. Peminat akan dapat melihat sisi peribadi saya yang jarang mereka ketahui,” ujarnya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post

Luar Negara

Kerja 5 hari seminggu tidak lagi relevan

London: Lebih 200 syarikat di United Kingdom (UK) telah membuat keputusan untuk beralih secara kekal bekerja empat hari seminggu tanpa sebarang pengurangan gaji, menandakan satu lagi pencapaian dalam usaha mengubah corak pekerjaan rakyat British, lapor agensi berita Jerman (dpa). © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today28 January 2025