Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Jodoh Mesut Ozil dan Fenerbahce dikatakan sudah sampai ke penghujung selepas kedua-dua pihak dikatakan telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak pemain tengah berusia 33 tahun itu.
Perkembangan terkini yang disahkan media di Turki, NTV Spor itu sudah pastinya menimbulkan tanda tanya mengenai haluan baharu yang bakal diambil pemenang Piala Dunia 2014 tersebut selepas ini.
Laporan dari sumber yang sama turut mengatakan bahawa sebuah lagi kelab tempatan iaitu Istanbul Beseksehir sudah menghubungi Ozil untuk mengatakan hasrat bagi membawa pemain tersebut ke Fatih Terim Stadium.
Namun, Ozil sebelum ini membuat pendedahan yang mengatakan beliau tidak akan mengakhiri kariernya selain daripada bersama Fenerbahce. Pendirian itu disifatkannya sebagai tanda cinta dan hormat kepada para penyokong kelab tersebut.
Malah, Dr Erkut Sogut yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: