Kool FM

Walking Club: Misi Sihat Haiza

Setiap kali memulakan tahun baru, rata-rata individu mempunyai azam yang sama. Antara azam yang sinonim kita dengar adalah misi untuk kekal sihat. Ada yang berazam untuk kekal sihat dengan cuba untuk berjoging setiap hari. Ada juga yang lebih memilih untuk mengamalkan diet yang seimbang.

Pada tahun 2025 ini, penyampai radio Kool 101, Haiza juga mempunyai misinya sendiri. Misi Sihat Haiza sempena 30 tahun beliau berkecimpung dalam industri seni dimana Haiza ingin menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Haiza yang memulakan karier dalam bidang nyanyian dan terkenal dengan lagu Dag Dig Dug, mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kool 101 Walking Club bagi merealisasikan Misi Sihat Haiza bermula dengan brisk walking.

Ada individu yang terus mula berjoging, tetapi mengapa kita perlu mulakan dengan brisk walking terlebih dahulu?

Perbezaan antara brisk walking dan berjoging

Berdasarkan Info Sihat Majlis Keselamatan Negara, brisk walking dan berjoging merupakan aktiviti bergerak namun terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Brisk walking adalah aktiviti berjalan laju yang boleh memacu jantung untuk berdegup lebih cepat daripada berjalan biasa manakala berjoging pula adalah aktiviti berlari dengan laju yang lebih rendah yang memerlukan banyak tenaga dan stamina. Senaman brisk walking bukanlah aktiviti jenis berimpak tinggi yang membuatkan individu melakukannya boleh tercungap-cungap jika dibandingkan dengan berjoging.

Menurut artikel Harian Metro, joging membakar lebih banyak kalori daripada brisk walking atau berjalan pantas namun disarankan bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan untuk memulakan aktiviti aerobik dengan brisk walking terlebih dahulu. Selepas dah cuba brisk walking, barulah boleh mula untuk berjoging pula.

 

Sumber : Harian Metro

Kebaikan brisk walking

  • Membantu dalam menurunkan berat badan
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Membaiki postur badan dan kekuatan otot
  • Mengurangkan stres
  • Memperbaiki kualiti tidur
Sumber : Kosmo

Kool 101 Walking Club bersama Haiza

Dengan adanya Kool 101 Walking Club, Haiza turut mengajak orang ramai untuk bersama-samanya dalam Misi Sihat Haiza dan berjalan di KL Car Free Morning seawal jam 6.30 pagi. Bukan hanya Haiza yang boleh mulakan langkah sihat, anda juga boleh sertai Haiza untuk capai 10,000 langkah sehari.

Coach Leha Osem kongsi tips brisk walking

Coach Leha berkata, kilometer yang diperlukan seseorang itu untuk melakukan brisk walking bergantung kepada jantung masing-masing dan masa yang diluangkan untuk bersenam. Katanya, bagi individu yang kerap melakukan senaman brisk walking, pasti ada perubahan dengan aktiviti yang dilakukan secara konsisten di samping menjaga pemakanan serta mendapatkan rehat dengan tidur yang cukup.

Jika anda baru nak memulakan misi menurunkan berat badan, jangan risau sekiranya tidak dapat melakukan pelbagai senaman serta mengamalkan diet yang sihat kerana ia tidak perlu dilakukan secara drastik.

“Kita dah start bersenam bermula dengan berjalan ini, baru kita automatik akan jaga makan. Ada baiknya kita gabungkan dua-dua. Balance kan antara brisk walk dan juga pemakanan.” – Coach Leha

Ikuti laman instagram @kool101my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kool 101 Walking Club.

Exit mobile version