Kool FM

13 Warga Asing Pakai Gelang Putih Sempat Singgah Kedai Sebelum Kuarantin

Jumlah kes keseluruhan Covid-19 di Malaysia semakin hampir 300 ribu. Sejak awal tahun 2021, Malaysia mencatat 4 digit kes positif harian telah membuat rakyat Malaysia tidak senang duduk memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negari kecuali Sarawak telah dilanjutkan. Namun, masih ada yang berdegil tidak mahu ikuti Standard Operating Procedure (SOP) dan leka apabila berada di luar rumah.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila beberapa keping gambar telah dikongsi oleh warganet yang prihatin menunjukkan 13 orang warga asing melanggar SOP di Kota Tinggi. Menurut perkongsian tersebut, warga asing tersebut dilihat memakai gelang putih tetapi masih lagi pergi ke kedai runcit seperti biasa.

13 Warga Asing Gelang Putih

Perkongsian di Facebook Polis Daerah Kota Tinggi menyatakan bahawa tindakan pantas dari warganet yang menularkan gambar di media sosial dan membuat laporan telah membantu pihak PDRM Kota Tinggi untuk menahan warga asing yang terlibat. Sebaik sahaja maklumat diterima, rondaan segera dilakukan oleh pasukan Task Force Covid-19 IPD Kota Tinggi.

Tambah laporan, pihak PDRM berjaya menahan 13 individu tersebut yang terdiri dari 4 orang lelaki dan 9 orang wanita di sekitar kawasan rumah kedai di taman berkenaan. Mereka didapati memakai gelang kuarantin yang telah diberikan oleh pihak KKM dan sebenarnya mereka baru sahaja selesai menjalani swab test berkaitan Kluster Jalan Lombong. Alasan yang diberikan oleh mereka singgah ke kedai adalah untuk membeli barang keperluan sebelum menjalani kuarantin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, 13 orang warga asing tersebut diarahkan untuk pulang ke rumah dan pasukan pemantauan akan terus melakukan rondaan agar semua yang terlibat dengan Kluster Jalan Lombong tidak melanggar apa-apa SOP dan menjalani kuarantin seperti yang telah ditetapkan.

Tahniah warganet! Anda telah membantu pihak berkuasa membendung penularan Covid-19. Jadi, marilah kita bersama membantu memerangi pandemik ini supaya Malaysia bebas Covid-19!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Mungkin Salah Satu Punca Kes Naik, Warga Emas Tutup Gelang Pink Guna Kain

Dengar Dulu…” – KP Noor Hisham Perjelas Isu Pekerja Asing Bergelang Pink

 

 

Sumber: Facebook Polis Daerah Kota Tinggi

Exit mobile version