Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

249 Mangsa, Tragedi Banjir Kembali Di Kuantan

today26 March 2021

Background

Awal tahun lalu, kecoh dengan beberapa negeri dilanda banjir dan paling teruk sekali di negeri Pahang apabila beberapa jalan raya ditutup akibat tanah runtuh dek dinaiki air.

Kini, tragedi banjir kembali lagi apabila hujan lebat sejak 23 Mac lalu menyebabkan  beberapa kawasan di Kuantan dilanda banjir kilat bermula 24 Mac lalu.

Sumber: pahangmedia

Berikutan itu, mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 249 orang setakat 7.30 pagi ini berbanding 114 orang semalam, dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi.

Dalam pada masa sama, portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan PPS di Dewan KRT Taman Murni Sungai Isap itu menempatkan 59 mangsa daripada 14 keluarga.

May be an image of one or more people, people standing and indoor

Sumber: pahangmedia

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan lebat akan berterusan hari ini dan cuaca di Kuantan pada pagi ini adalah mendung.

Sementara itu, laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan dua sungai di daerah ini iaitu Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dan Sungai Belat di Sri Damai, berada pada paras amaran.

Harap tiada sebarang kehilangan jiwa berlaku dan banjir reda dengan cepat.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Raja Azura ‘Banjir’ Lihat Nasib Anak-Anak Yatim

Banjir di Pahang semakin pulih

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “No Way Home” – Cara Oyen Panjat Dinding Ala Spiderman Ini Curi Tumpuan

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat aksi Oyen yang bermain pada dinding itu.Malah, ramai yang menyamakannya dengan aksi spiderman kerana kucing itu sama sekali tidak terjatuh. Ada juga yang masih tertanya-tanya bagaimanakah kucing itu boleh memanjat dinding.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 134.4K likes dan 5,754 comments di TikTok.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada... Klik untuk baca artikel […]

today26 March 2021