Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Akibat Bergurau Londeh Seluar Rakan Di Hadapan Orang Ramai, Lelaki Ini Maut Ditikam

today25 March 2021

Background

Biasalahkan kalau kita bergurau dengan kawan-kawan kita, sekadar untuk hiburan seketika atau menghilangkan bosan. Tapi kalau nak bergurau pun kena ada batasnya sebab bergurau secara melampau boleh membawa padah. Kalau kita tidak dimarahi atau dipukul oleh kawan kita tu, mungkin kita akan dibunuh. Dengar macam melampau? Tapi itulah satu kes yang berlaku di Indonesia melibatkan seorang lelaki yang ditikam maut selepas bergurau ‘kasar’ dengan rakannya.

Image via:https://www.aroged.com/

Menurut laporan, seorang lelaki ditikam maut oleh rakannya selepas dia melondehkan seluar rakannya itu dalam acara perayaan. Kejadian yang berlaku di Desa Batay, Kacamatan Gumay Talang, Lahat, di Sumatera Selatan itu melibatkan mangsa yang dikenali dengan nama Darsan, 45 tahun, dan rakannya yang telah menikamnya, Junaidi, 44 tahun. 

Hasil siasatan pihak polis pula mendapati, ketika kejadian mereka berdua bertemu dalam majlis di kampung berkenaan. Ketika bertemu, Darsan dikatakan melihat Junaidi memakai seluar kotor menghadiri majlis tersebut. Disebabkan itu, Darsan memutuskan untuk melondehkan seluar yang dipakai Junaidi di hadapan orang ramai.

Image via:https://wow.tribunnews.com/

Akibatnya, Junaidi berasa malu dan berang sehingga bertindak menikam dada Darsan menggunakan senjata tajam. Junaidi dilaporkan membawa membawa senjata tajam yang diselitkan di pinggang, lalu terus menikam mangsa sehingga mati. Bagaimanapun, Junaidi terus menyerahkan diri ke ketua kampung selepas menyedari rakannya itu sudah meninggal dunia. 

Susulan kejadian, pihak polis menemui senjata yang digunakan Junaidi untuk menikam rakannya itu. Kes itu kini dalam siasatan polis. Itulah kes yang membawa kepada kematian akibat gurau yang tidak berpada-pada. Bagaimanapun, tindakan menikam mangsa itu juga tetap salah dan perlu dibawa ke muka pengadilan. Semoga kes ini menjadi iktibar buat kita semua.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

“She Is Back” – Nabila Razali Buat Persembahan Pertama Selepas AJL, Ramai Puji Suara Sedap

Penggal Kepala Bapa Dan Berarak Keliling Kampung Sebab Tak Bagi Izin Kahwin Gadis Pilihan

 

 

 

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Gangguan Bekalan Air Di Selangor & KL Bermula 30 Mac Ini

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baru akan dilakukan di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam. Kerja-kerja ini akan dijalankan pada 30 Mac 2021 dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi, 1 April 2021.Tambahan lagi, kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates akan menyebabkan Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju terjejas sementara. Kerja-kerja penggantian […]

today25 March 2021