Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Anak Melecur Akibat Sup Panas Tertumpah, Ibu Salahkan Dirinya Seumur Hidup

today2 March 2021

Background

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya dari lahir sehinggalah mereka dewasa. Ibu bapa juga akan buatkan yang terbaik demi menjaga kesihatan dan keselamatan anak-anak. Sekiranya ada sesuatu yang terjadi kerana kecuaian diri sendiri para ibu bapa pasti akan rasa menyesal. Namun, kisah ibu ini boleh menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana.

Perkongsian dari seorang ibu bernama Fatinlyna Badrul di Facebook Masak Apa Hari Ni Tak Jadi Official telah mendapat perhatian dan rasa simpati daripada warganet. Difahamkan kejadian itu berlaku ketika Fatinlyna sedang sibuk mengajar anak-anaknya yang lain PDPR, manakala suaminya pula pada ketika itu sedang mandi. Anaknya yang bernama Haqq telah tertarik tudung saji sekali gus sup tersebut tertumpah ke atas badannya.

Menurut Fatinlyna disebabkan kejadian itu, dia jadi trauma untuk memasak serta menyalahkan diri sendiri kerana bersikap cuai. Fatinlyna berkata tujuan dia berkongsi kejadian malang ini adalah kerana dia mahu meminta doa dari semua untuk anaknya, Muhammad Izny Haqq bin Mohd Suhaimi supaya kembali ceria, tetap bersemangat luar biasa dan kuat  untuk lalui sesi cuci luka dibadannya. Kini Fatinlyna sudah seminggu tidak masak kerana takut dan anaknya nak dukung 24 jam.

Luka yang dialami adik Haqq harus dicuci empat kali sehari kerana tahap lecur lukanya adalah tahap kedua. Jika dalam masa dua minggu luka masih tidak baik, adik Haqq perlu lakukan pembedahan pindahan kulit. Difahamkan sehingga kini lukanya masih basah dan balutannya masih tidak boleh dibuka lagi.

Fatinlyna sempat memberikan sedikit nasihat jika perkara ini berlaku kepada mana-mana ibu bapa di luar sana. Bila kejadian ini berlaku, anada perlulah:

  1. Bawa diri, anak atau mangsa lecur ke tandas atau sinki untuk jirus air ke tempat lecur.
  2. Anda perlu pastikan air terkena pada seluruh tempat yang terjejas. Biarkan air mengalir di tempat tersebut sekurangnya 10 minit kerana ia bertujuan untuk matikan rebakkan lecuran lebih dalam.
  3. Jangan gunakan tepung atau apa-apa benda asing yang lain kerana ia mungkin boleh lebih memudaratkan kesihatan dan kesan lecuran.
  4. Kalau mangsa berbaju, anda tanggalkan baju selepas jirus air dan balut kawasan terjejas dengan plastik atau kain bersih yang basah untuk elakkan dari terkena jangkitan kuman.
  5. Jika luka teruk serta ada gelembung air, anda perlulah terus bawa mangsa.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Tarik Tong Gas, Terjatuh Sekali Periuk Cecair Panas..” Gadis Rungkai Sebab Muka Melecur Teruk

Tiga buruh binaan melecur 50 peratus

 

 

 

 

Sumber: Fatinlyana Badrull

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

5 Jenis Tisu Basah Anti-Bakterial Di Pasaran Yang Wajib Ada Dalam Bag Anda!

Sejak melandanya wabak Covid-19 secara khususnya di dalam negara kita, penggunaan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dan tisu basah anti-bakterial menjadi kewajipan apabila keluar rumah. Dengan slogan #KitaJagaKita, penggunaan bahan anti-virus ini menjadi norma baharu bagi mencegah penularan virus merbahaya. Oleh itu, terdapat beberapa jenis tisu basah yang bagus di pasaran bagi memastikan tangan dan kawasan sekitar... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today2 March 2021