Kool FM

“Are You Ok JAKIM?” – JAKIM Tiba-Tiba Jadi Trending Di Twitter, Netizen Persoalkan Penggunaan Hadis Dhaif

Secara tiba-tiba Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjadi sohor kini dan bualan wargamaya di lama Twitter. Semua gara-gara satu ciapan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM mengenai larangan menghina ketua negara yang disertakan sekali dengan satu hadis Rasullullah S.A.W. Bagaimanapun, timbul keraguan mengenai hadis yang digunakan itu.

Dengan pantas wargamaya membuat carian sumber bagi memastikan kesahihan hadis tersebut. Hasil pencarian mendapati hadis yang digunakan oleh pihak JAKIM itu adalah hadis dhaif, iaitu hadis yang lemah dan tidak tahu asal perawi ataupun periwayatnya. Jadi boleh dikatakan hadis dhaif adalah hadis yang tak digalakkan untuk digunakan kerana dianggap lemah.

Baca juga: Ibu Mengandung, Menyusukan Anak Kini Boleh Kemaskini Butiran Di MySejahtera. Akan Diberikan Vaksin Tertentu

Disebabkan oleh ciapan tersebut, wargamaya membanjiri ruangan Twitter dengan mempersoalkan penggunaan hadis dhaif tersebut oleh JAKIM. Sementara itu, ada juga yang risau dengan JAKIM dan bertanyakan sama ada organisasi tersebut dalam keadaan baik ataupun tidak.

Kelihatan seperti ramai yang menyerang akaun Twitter JAKIM disebabkan isu ini sehingga ia menjadi trending. Namun dalam masa sama, di Instagram milik JAKIM terdapat seorang pengguna memberi penjelasan berbeza mengenai status hadis ini. Katanya, hadis yang diambil JAKIM ini adalah hadis yang diriwayatkan Abi Bakrah RA dan ia dinilai sebagai hadis sahih oleh Imam Suyuthi.

Pelbagai pandangan mengenai isu ini, namun apa yang penting pesanan untuk tidak menghina pemerintah negara itu haruslah diambil. Adab kita adalah lambang keperibadian kita.

Baca juga: “Kena Marah Pun Relax Je” – Ramai Puji Keisha Tak Melenting Kena Marah Dengan Nabila Huda Pasal Hal Remeh

Sumber daripada: Twitter

Exit mobile version