Kool FM

Bapa Sanggup Bunuh Anak Demi ‘Puaskan Hati’ Isteri Kedua

Seorang suami sanggup bertindak di luar kawalan apabila dia dipercayai membunuh anak perempuannya yang baru sahaja berusia 15 tahun demi ‘memuaskan hati’ isteri keduanya. Kejadian tersebut berlaku di Qena, Mesir.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Gulf News, lelaki berkenaan sudah pun ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang remaja. Menurut pihak polis, lelaki berkenaan didakwa membunuh anak perempuannya dengan memukul menggunakan batang kayu yang dilekat dengan paku. Difahamkan, motif kejadian adalah disebabkan mangsa sering ‘bertengkar’ dengan ibu tirinya.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila menerusi siasatan awal pihak polis turut mendapati pembunuhan tersebut dibantu oleh isteri keduanya.

Untuk baca selanjutnya, klik disini.

Exit mobile version