Kool FM

8.45 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Hari Ini

KUALA LUMPUR, 6 April -- Posmen Alimi menunjukkan keputusan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diluluskan ketika beratur di cawangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang bagi membeli barangan keperluan ketika tinjauan pembayaran BPN yang diterima hari ini. BPN mula diagihkan secara berperingkat bermula 6 April sehingga 15 April mengikut kategori penerima. Golongan B40 yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan kumpulan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan BPN. Penerima BSH layak menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengannya akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang sudah ditetapkan oleh kerajaan. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebanyak 8.45 juta penerima Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan mendapat bayaran secara berperingkat mulai hari ini dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, untuk kategori isi rumah yang meliputi 4.4 juta penerima, bayaran sebanyak RM300 akan diberikan.

“Untuk individu bujang, bayaran RM150 akan diberikan (4.05 juta penerima) dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.93 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.

Implementation of stimulus on track, says Tengku Zafrul

Tambah beliau lagi, pembayaran Fasa 1 itu telah dipercepatkan dari bulan Mei kepada penghujung Februari bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

Bagaimanapun, untuk penerima BPR yang berada di kawasan Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula akan dibuat di lokasi-lokasi yang akan diumumkan bersekali dengan pembayaran BPN 2.0.

Apa pun, harap duit bantuan yang diperoleh dari kerajaan ini digunakan sebaik yang mungkin.

 

 

 

Untuk bacaan artikel lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cara Semakan Status BPR 2021, Tarikh Bayaran Akhir Februari

Bayaran BPN 2.0 Telah Dikreditkan Ke Akaun Bank Mulai Hari Ini

Sumber: harianmetro

Exit mobile version