Site icon Kool FM

Bayi Lelaki Dilahirkan Mempunyai Antibodi Terhadap Covid-19

Benar, buat masa ini tiada bukti wanita hamil boleh menyebarkan virus Covid-19 kepada bayi dalam kandungannya. Baru-baru ini, seorang wanita di Singapura yang dijangkiti COVID-19 pada Mac lalu ketika hamil, selamat melahirkan bayinya. Tahniah!

Berita ini terima perhatian ramai apabila bayi lelaki tersebut bebas COVID-19 dan dilaporkan mempunyai antibodi terhadap virus berkenaan, sekali gus memberi petunjuk baharu tentang status jangkitan daripada ibu kepada kandungannya.

Mrs Celine Ng-Chan gave birth to her second child and was told by her son's paediatrician that he has antibodies against the virus.

“Doktor mengesyaki saya telah memindahkan antibodi kepadanya semasa mengandung,” kata si ibu

Ibunya, Celine Ng-Chan kini dirawat di hospital selama hampir tiga minggu ketika dijangkiti COVID-19. Menurutnya lagi, dia telah bersetuju untuk membabitkan diri dalam kajian yang dilakukan di Singapura.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memaklumkan belum ada bukti wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 boleh menyebarkan virus itu kepada bayinya semasa mengandung atau semasa melahirkan. Sehingga kini, belum ada virus aktif dijumpai dalam sampel cecair berhampiran bayi dalam rahim atau dalam susu ibu.

Doktor di Pusat Perubatan Irving New York-Presbyterian dan Columbia University sebelum ini melaporkan jangkitan COVID-19 dari ibu ke bayi baru lahir jarang berlaku, seperti yang dicatatkan dalam jurnal JAMA Pediatrics edisi Oktober.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pesakit Covid-19 Lari, Berjaya Ditahan Semula

Pesakit COVID-19 Mungkin Berisiko Hadapi Masalah Kesihatan Mental Dalam Masa 90 Hari Selepas Dijangkiti?

 

 

 

 

Sumber: The Straits Times

Exit mobile version