Kool FM

Berebut ‘Pakwe’ Dan Positif Dadah Mungkin Punca Remaja Perempuan Belasah Rakannya

Beberapa hari lepas, tular sebuah video sekumpulan remaja perempuan memukul seorang remaja perempuan telah meraih perhatian warganet disebabkan tidakan tersebut dianggap keterlaluan. Bagaimanapun, difahamkan pihak polis sudah menahan beberapa suspek yang datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah Kelantan.

Pihak polis kemudiannya mengesahkan salah seorang daripada suspek yang serah diri positif dadah. Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, enam remaja perempuan dan empat remaja lelaki berusia 14 hingga 17 tahun tampil menyerah diri sebaik hebahan mengenai mereka dilakukan.

Lapan daripada remaja itu masih bergelar pelajar manakala dua sudah berhenti sekolah dan semua tangkapan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas keterangan selesai diambil. Seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methampethamin dan pihak polis menyatakan punca pergaduhan disyaki disebabkan berebut teman lelaki.

Terdahulu, video yang menunjukkan tiga orang remaja perempuan membelasah seorang lagi rakannya tular di Twitter apabila dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial dikenali sebagai nabilfikran10. Menerusi rakaman tersebut, jelas terdengar salah seorang lelaki di situ meminta untuk tidak merakam ‘aksi gangster’ tersebut dan si perakam menyatakan bahawa ia bukan untuk dimuat naik di mana-mana namun akhirnya video itu tersebar juga.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Macam Aktiviti Santai-Santai Sahaja Di Langkawi…”- Polis Mahu Panggil Neelofa & Suami

Bermula Dengan Kematian Gadis Kecil, Patung Seram Okiku Dikatakan Mampu Tumbuh Rambut

Sumber: Harian Metro , Twitter @nabilfikran10

Exit mobile version