Baru-baru ini kecoh satu video di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak merosakkan barangan peniaga yang membuka gerai bersebelahan gerainya. Video tersebut dengan pantas menimbulkan rasa marah wargamaya, namun ramai juga yang mahukan penjelasan daripada kedua-dua pihak bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.
Penjaja keropok lekor tak berpuas hati dengan kehadiran penjaja di sebelahnya yang menjual laksa.
Habis laksa diterbalikkan olehnya.
Mengapa perlu “busuk hati” sesama penjaja kecil?
Lokasi di Taman Koperasi LLN, Kajang. pic.twitter.com/NrNN0DOkPL
— MyWatch (@My_CrimeWatch) June 22, 2021
Menerusi satu klip video dikongsi oleh My Crime Watch memaparkan tindakan biadap wanita itu menterbalikkan beberapa bekas yang mengandungi bahan-bahan untuk membuat laksa. Video berdurasi satu minit enam saat itu memaparkan bahan-bahan membuat laksa milik seorang peniaga berterabur di bawah gerainya dipercayai telah diterbalikkan oleh wanita terbabit.

Baca juga: Tular Kisah Seram Hantar Barang Di Bukit Tunku, Rider Lain Juga Akui Terkena ‘Benda’ Yang Sama
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah tapak perniagaan di Taman Koperasi LLN, Kajang. Kejadian tersebut tentunya menimbulkan seribu tanda tanya kerana tiada penjelasan yang jelas dalam video tersebut. Namun, dari video itu kejadian dipercayai berlaku apabila wanita yang juga penjaja keropok lekor tidak berpuas hati dengan kehadiran peniaga lain di sebelah gerainya.
Selepas daripada kes itu, peniaga laksa dikenali sebagai Radziah dikhabarkan membuat laporan polis terhadap kejadian yang menimpanya itu. Bagaimanapun, laporan tersebut ditarik semula selepas penjual keropok lekor itu meminta maaf kepada abang ipar Radziah.
Penjelasan Peniaga Keropok Lekor
Menerusi satu tangkap layar komen di Facebook, penjual keropok lekor dikenali sebagai Alina tampil jelaskan perkara sebenar. Menurutnya, punca berlaku pergaduhan itu adalah disebabkan peniaga laksa meniru apa yang dijualnya. Selain itu, Alina turut mendakwa pernah ditengking oleh peniaga laksa, serta body shaming. Bagaimanapun, keuda-dua belah pihak dikhabarkan telah bermaaf-maafan.

Isu kali ini walaupun ramai wargamaya yang mengecam tindakan wanita yang dengan sengaja merosakkan barang niaga peniaga laksa, namun ramai juga yang tunggu penjelasan penuh daripada kedua-dua pihak sebelum membuat rumusan. Apa-apa pun, semoga kejadian seperti ini dijadikan sebagai ikhtibar dan dielakkan daripada berlaku lagi.
Baca juga: “Bomba Bukan Superman” – Lelaki Akui Gagal Kawal Emosi, Mohon Maaf Serang Anggota Bomba
Sumber daripada: Kosmo & Online Malaya