Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Bomba Bukan Superman” – Lelaki Akui Gagal Kawal Emosi, Mohon Maaf Serang Anggota Bomba

today22 June 2021

Background

Tular baru-baru ini satu rakaman video menyaksikan seorang lelaki bertindak menyerang anggota bomba yang sedang memadamkan rumah yang terbakar. Buat wargamaya yang menonton video yang berdurasi 45 saat itu tentu bingung melihat seorang lelaki menghempas barang sambil memarahi anggota bomba yang sedang bantu memadamkan api kebakaran. Tidak lama kemudian, datang pula seorang lelaki lain berlari ke arah belakang anggota bomba tersebut dan menyerangnya sehingga terjatuh.

Keadaan menjadi tegang apabila lelaki itu secara tiba-tiba datang menyerang. Bagaimanapun, difahamkan lelaki yang menyerang anggota bomba terbabit gagal mengawal emosi selepas melihat rumah pusaka mereka musnah terbakar. Sejurus diserang, anggota bomba tersebut tampil membuat laporan polis sebelum menarik semula laporan 3 jam kemudian apabila lelaki tersebut membuat permohonan maaf.

Baca juga: Tindakan Pemuda Ini Cat Sekali Peti Surat Jiran Terima Pujian Ramai, Tapi ada yang Tak Senang Hati…

Lelaki tersebut dikatakan memohon maaf serta menyesal dan menyedari kesalahan yang dilakukannya. Dalam pada itu, satu rakaman lain yang dikongsikan di Facebook memaparkan rakan setugas anggota bomba terbabit menitipkan pesanan buat masyarakat berhubung insiden terbabit.

“Jika bantuan sudah sampai, sebaiknya kita berikan kerjasama kepada anggota yang bertugas daripada mengeluarkan emosi yang tidak tentu,” ujar anggota bomba tersebut.

Selain itu, dalam perkongsian video itu juga turut dinyatakan anggota bomba bukanlah superman dan perlu guna 100 peratus tenaga sendiri. Tambahnya lagi, turut dinasihatkan untuk orang awam menyimpan nombor balai bomba berhampiran untuk situasi kecemasan seperti itu agar anggota yang bertugas lebih cepat sampai. 

Sementara itu, lelaki yang menyerang anggota bomba dalam kejadian kebakaran di Kampung Belipat, Lawas, di Kuching, Sarawak itu tetap ditahan reman selama empat hari. Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, polis meneruskan siasatan walaupun mangsa menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap suspek. Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 332 kanun yang sama kerana mencederakan penjawat awam.

Baca juga: #BukaParlimen Jadi Sohor Kini, Ramai Sambut Baik Titah YDPA Mohon Sidang Parlimen Dipercepatkan

Sumber berita: Berita Harian

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

EURO: Damsgaard tabik rakan sepasukan

COPENHAGEN: Mikkel Damsgaard memuji rakan sepasukan Denmark selepas menundukkan Russia 4-1 yang membantu mereka mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2020 selepas melalui perjalanan berliku di awal kejohanan.

today22 June 2021