Kool FM

“Bonda Pakar Mata Tapi….” – Prof Muhaya Mohon Maaf

Semalam tular sebuah video dari Pakar Bedah Mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tentang pendapat beliau mengenai masalah kesihatan mental, khusus kepada masalah anxiety.

Menurutnya, masalah anxiety dapat diselesaikan sekiranya seseorang itu sentiasa berkata-kata positif pada diri sendiri kerana beliau percaya masalah anxiety ini disebabkan seseorang kerap memberitahu bahawa dirinya mempunyai anxiety atau kegelisahan.

Malah, lebih mengejutkan apabila beliau menolak  pengambilan ubat daripada doktor dan juga perjumpaan dengan pihak pakar psikologi bagi merawat penyakit ini.

Kenyataan tersebut telah mendapat kecaman dari warganet dan juga pakar psikologi kerana memberi solusi yang tidak masuk akal. Penyakit ini jika tidak dirawat dengan betul, boleh membawa kemudaratan.

Jadi, hari ini Prof Muhaya yang juga pakar motivasi tampil memohon maaf atas kata-kata yang mengguriskan ramai pihak. Jom ikuti IGTV beliau.

Bagaimanapun, warganet membanjiri ruangan komen. Rata-rata meluahkan apa yang mereka rasa dengan kata-kata Prof Muhaya sebelum ini dan menerima kemaafan dari beliau.

Image may contain: 1 person, text

Malah, ada juga memuji cara Prof Muhaya cara meminta maaf serta dalam menyampaikan sesuatu perkara.

Bagus Prof Muhaya, merendahkan ego dan meminta maaf. Biasalah, manusia tak sempurna.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Stop The Medication!” – Netizen Pertikai Doktor Pakar Mata Beri Nasihat Di Luar Bidang

Tindakan Terbaik Bila Berdepan Dengan Orang Yang Suka Mengata

 

 

 

 

Sumber: instagram

Exit mobile version