Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Buat Malu Orang Kedah Je..” Video Dua Lelaki Bermesra Tular Bikin Warganet Sakit Mata

today17 March 2021

Background

Sebelum ini tular kisah seorang usahawan Muhammad Sajjad yang mengumumkan dirinya mahu keluar Islam kini sudah hilangkan diri. Terbaru satu video dua lelaki melakukan satu aksi yang tidak senonoh tular membuatkan warganet rasakan perkara seperti ini seakan sudah dilihat sesuatu yang biasa. Tindakan dua lelaki ini sangat berani kerana mereka berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.

Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Surijan Jan Jan semalam. Perkongsiannya itu telah mendapat hampir 6 ribu komen dan 7 ribu shares daripada pengguna Facebook yang lain dan rata-ratanya meluahkan rasa geram dan sakit hati melihat tindakan dua lelaki ini. Video tersebut menunjukkan dua lelaki ini berpelukkan sambil membuat muka seakan ghairah antara satu sama lain.

Memang benar cinta itu buta…butakah mata ku..
#buat malu org Kedah.
#Nokharompelaqtoi

Posted by Surijan Jan Jan on Monday, 15 March 2021

Surijan menggunakan tanda pagar #buatmaluorangkedah di dalam ciapannya itu menunjukkan mungkin dua lelaki ini berasal dari negeri itu. Lebih lagi jika anda melihat salah satu video tersebut jelas kelihatan mereka berdua berdiri berlatarbelakangkan tulisan RisSmart Kedah dan ada satu komen menyatakan kejadian ini berlaku di Tanjung Dawai. Pelbagai rekasi daripada warganet dikongsikan diruangan komen dan antaranya meluahkan rasa geli melihat salah seorang lelaki tersebut memakai gincu merah sedangkan mukanya seperti seorang jantan sejati.

Video tersebut dimuatnaik menggunakan akaun @amycasadra1985 yang mungkin juga salah seorang rakan kepada dua lelaki tadi. Bagaimanapun, di akaun TikTok Amy tidak ada lagi video tersebut namun terdapat satu video menunjukkan Amy bersama dua lelaki ini.

@amycasandra1985kita macam mana pun tak pa….. tak ganggu hidup orang pon♬ At My Worst – Pink Sweat$

Apapun, semoga dua lelaki ini tidak melakukan sebarang tindakan yang mungkin akan menjejaskan nama dan maruah mereka serta keluarga di masa hadapan. Sebagai masyarakat yang prihatin, ambillah kejadian ini satu pengajaran buat semua pengguna media sosial untuk sentiasa berwaspada dengan apa yang dikongsi kerana apa yang dikongsi di media sosial kita mungkin akan makan diri di masa hadapan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Mereka Yang Buat Saya Nak Keluar Dari Islam” – Ini Nasihat Syed Bakri Terhadap Sajat

Mengaku Dirinya Lelaki Dan Mahu Keluar Islam, Kisah Nur Sajat Ditangkap Dikatakan Hanya Gimik?

 

 

Sumber: Facebook Surijan Jan Jan

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “Elsa Yang Tersakiti” – Dapat Order Kek Kartun, Tapi Hasilnya Pula Bikin Dekah

Menerusi video perkongsian daripada Eeqie, dia memberitahu bahawa ibunya selalu menerima order untuk membuat kek.Tetapi, kali ini dia mendapat order yang tidak dijangka iaitu pelanggannya meminta kek Monster dan Elsa. Umi Eeqie sudah menjelaskan kepada customernya dia tidak pandai buat kek seperti apa yang diminta kerana kebiasaannya dia hanya membuat kek Dinosaur dan Unicorn saja.Tetapi disebabkan customer tersebut tetap ingin order, umi Eeqie pun menyahut cabaran buat kali... Klik untuk baca […]

today17 March 2021