Di media sosial, rata-rata rakyat sudah mula cakna dengan perkembangan isu semasa melibatkan masyarakat dan juga negara. Mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan dan kesannya terhadap kehidupan rakyat, suara-suara mereka yang susah kian kedengaran. Dalam pada itu, semakin ramai yang mengikuti perkembangan semasa urusan pentadbiran negara sepanjang tempoh darurat ini.
Baca juga: Tawar Kerja Penyelidik Bagi Kajian Jantina Ketiga Di Malaysia, JAKIM Mohon Penjelasan Rasmi SUHAKAM
Di Twitter, tanda pagar #BukaParlimen menjadi sohor kini selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin. Sebagai sebuah negara yang demokrasi, persidangan Parlimen adalah penting bagi membincangkan urusan negara secara bersama serta menyuarakan masalah yang dihadapi rakyat.
The Royal decree is indisputable. The YDPA and Council of Rulers unanimously agreed that Parliamentary Sovereignty guarantees good governance.
Do we have a constitutional crisis at hand?#AmpunTuankuDaulatTuanku#BukaParlimen #YDPA pic.twitter.com/TEQJgtfl1d
— Azalina Othman Said (@AzalinaOthmanS) June 16, 2021
Buat masa ini, isu yang penting yang perlu dibincangkan di Parlimen adalah berkaitan penularan wabak COVID-19. Sudah menjadi harapan rakyat untuk melihat negara keluar daripada ancaman wabak membunuh ini. Jadi, sebab itu juga tanda pagar #BukaParlimen mula menjadi trending di Twitter.
Dalam pada itu, antara ciapan yang mendapat perhatian ramai menggunakan #BukaParlimen adalah ciapan milik pelakon Sharifah Amani.
People are dying, suffering, struggling. If we matter please #bukaparlimen ?
— Sharifah Amani (@sharifahamani) June 16, 2021
Ramai yang menyambut baik titah YDPA agar persidangan parlimen disegerakan. Semoga nasib rakyat kembali terbela dan kita semua dapat kembali kepada kehidupan normal seperti sediakala.
Sumber berita: Berita Harian