Kool FM

Cara Mohon i-Sinar

Tular semalam dengan kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, seramai lapan juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 susulan kehidupan ahli yang terjejas pendapatan akibat kehilangan kerja di musim pandemik.

“Mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor dan had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion,” katanya dalam Dewan Rakyat.

Image

Kepada yang  ingin memohon, boleh ikuti langkah di bawah cara memohon i-Sinar atas talian.

  1. Layari direct link untuk Log Masuk i-Sinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Ada beberapa pautan yang boleh dipilih seperti:
    • Permohonan Baharu
    • Semak Permohonan
    • Kemaskini Pengeluaran
    • Batal Pengeluaran
    • Panduan Pengguna (Infografik)
    • FAQ
  3. Sila klik Permohonan Baharu untuk membuat permohonan i-Sinar
  4. Sekiranya anda sudah mendaftar dan buat permohonan, boleh terus klik Semak Permohonan untuk melihat status kelulusan.

Semoga kita semua dapat menempuh dugaan sepanjang musim pandemik ini.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pencarum KWSP Yang Terjejas Kini Boleh Keluarkan Simpanan Akaun 1 Sehingga RM60,000

Pengeluaran RM10,000 KWSP Perlu Dibenarkan, Untuk B40 & M40

 

 

 

 

 

Sumber: therohani , harianmetro

Exit mobile version