Ekoran dakwaan seorang remaja perempuan mengenai insiden dirogol semasa ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri, 9 Januari lalu, pihak polis masih menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu. Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, kejadian itu memang berlaku dan tahanan lelaki terbabit sudah didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Polis siasat laporan dibuat remaja perempuan 16 tahun yang dakwa dirogol tahanan lain ketika berada dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Januari lalu.
2 anggota bertugas ketika kejadian berlaku digantung kerja serta merta-Pesuruhjaya Polis Sarawak
FB : Senator Alan Ling pic.twitter.com/HJmavRToQP
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 16, 2021
Mengikut kronologi yang dilaporkan, remaja tersebut yang berusia 16 tahun dikatakan ditahan oleh pihak polis pada 8 Januari lalu di tempat kerjanya di sebuah restoran makanan laut, di Miri kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian haram. Dia kemudiannya ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri selama satu malam bagi membantu siasatan.
Minor girl raped in Miri police lock up. Minor girl should not have been detained in a police lock up it is against the SOP and against the Child Act. In a police lock up with no protection. Police must andwer. Heads must roll.
— Shanthi Dairiam (@sankarankoil) January 17, 2021
Namun remaja tersebut mengatakan dia diletakkan di dalam sel berasingan seorang diri dengan 12 lagi tahanan lelaki di sel lain. Dakwanya lagi, sel yang menempatkan 12 tahanan lelaki itu tidak berkunci. Sejurus itu, antara jam 4 hingga 5 pagi, seorang tahanan lelaki yang memiliki kunci lokap tahanan wanita membuka pintu sel itu dan membawanya ke tandas balai polis itu sebelum merogolnya. Kronologi tersebut adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh remaja wanita tersebut pada 16 Januari lalu.
“Pihak kami akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terbabit dan cuai dalam menjalankan tugas.”
Dalam pada itu, pihak polis menyatakan siasatan awal mendapati berlaku kecuaian anggota yang tidak mengunci pintu lokap berkenaan. Berikutan itu, dua anggota polis yang bertugas ketika kejadian itu digantung kerja serta-merta sementara siasatan sedang dijalankan.
Baca juga artikel menarik lain:
“Sepatutnya Hari Ini Saya Nikah..”- Abang Polis Tangguh Nikah Demi Tanggungjawab
Pemuda Ini Kongsi Kenapa Malaysia Lambat Terima Vaksin COVID-19
Sumber daripada: Harian Metro & Berita Harian
