Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Cuba Bezakan Menantu Dulu & Menantu Sekarang, Lihat Apa Makcik Ni Respon

today18 February 2021

Background

Pada pandangan adat melayu, mengemas rumah, masak dan menjaga anak sudah menjadi tugas utama seorang wanita selepas mendirikan rumah tangga.

Tapi, pada sudut pandangan Islam berbeza pula apabila tugas isteri hanyalah menjaga kehormatan diri, taat pada suami, memenuhi keperluan batin suami dan melayan suami dengan baik.

Image result for housework

Sumber: verywellmind

Seandainya si isteri melakukan tugas rumah seperti memasak, menyediakan makan minum pakaian, menyapu, membasuh, itu hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami dan bukan kerana kewajipannya.

Perkara ini menjadi isu di Facebook apabila ibu mertua mula membandingkan menantu zaman dahulu dan juga menantu zaman sekarang. Menantu yang dimaksudkan itu adalah sikap si isteri menggalas tanggungjawab.

No photo description available.

Namun, perbincangan ini menjadi lebih hangat apabil timbul satu respon yang agak luar biasa dari seorang yang lebih berusia dan berpengalaman dalam dunia rumah tangga.

Menurutnya, bila anak sudah mempunyai rumah tangga sendiri, sebagai seorang ibu tidak sepatutnya untuk menentukan kehidupan atau tugas mereka.

“Saya ada menantu perempuan dua orang dan saya langsung tak kisah lihat anak lelaki saya jemur kain, basuh pinggan, sapu rumah sebab saya dah didik anak lelaki saya tolong buat kerja rumah. Suami isteri sepatutnya bertolak ansur,” tulisnya panjang lebar menjelaskan konsep sebenar mengecap keamanan berumah tangga.

Image

Tapi ada satu perkara yang lucu terjadi di ruangan komen yang sama. Ramai perempuan bertanyakan pada makcik tersebut masih ada lagi tak anak bujangnya masih berstatus solo untuk mereka menjadi menantu?

Lihatlah apa makcik tu balas, memang rare habis!

Image

Apa pun, janganlah menilai jika kita tidak tahu perkara sebenar. Tugas mengemas rumah dan memasak akan menjadi lebih seronok jika dilakukan bersama. Jangan menunding jari mencari salah orang lain je tau. Jika buruk yang kita cari, buruklah yang kita jumpa. Jika baik yang kita cari, itu jugalah yang akan kita jumpa. Fikir-fikirkan..

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Wanita Ini Cari Menantu Suka TikTok, Ramai Tawarkan Diri

Tikam Lidah Dengan Menantu, Ibu Mertua Mati Dibunuh Dan Hampir Dibakar!

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

asnawi

Sukan

Asnawi Mangkualam Diumumkan Sebagai Pemain Ansan Greeners FC

Kelab liga Korea Selatan, Ansan Greeners FC hari ini telah memperkenalkan pemain baharu mereka dari Indonesia iaitu Asnawi Mangkualam secara rasmi selepas beberapa minggu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab K.League 2 itu. Pengumuman yang dibuat melalui laman sosial rasmi pasukan itu sememangnya dinantikan terutamanya oleh penyokong bola sepak di Indonesia untuk menyaksikan seorang lagi pemain dari negara itu berkelana ke luar negara. #오피셜안산그리너스FC가... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today18 February 2021