Baru seminggu berlalu isu berkaitan dengan tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace yang memperjuangkan masalah gangguan seksual di sekolah. Isu itu dilihat disuarakan dengan baik oleh pelajar perempuan yang dikenali dengan nama Ain Husniza, yang juga turut disokong kuat oleh Ayahnya, Saiful Nizam Ab Wahab. Suara mereka turut disambut baik ramai pihak yang mahu melihat gangguan seksual di sekolah ini dihentikan.
Bagaimanapun, terdapat sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gabungan The Nationwide School Walkout Day (NWSD) dikatakan akan menggerakkan mogok awam bagi memprotes berhubung isu gangguan seksual di sekolah. Kumpulan itu menggesa pelajar dan guru untuk mogok dari menghadiri kelas, pada minggu ini sebagai tanda protes terhadap isu berkenaan.

Gerakan ini dikatakan sebagai tanda memprotes gangguan seksual terhadap remaja di sekolah. Walaupun gerakan ini dilihat seperti menyokong isu gangguan seksual di sekolah, namun ia dilihat sebagai gerakan yang tidak mencerminkan budaya masyarakat kita. Perkara ini turut diakui sendiri oleh Saiful Nizam yang mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak bersetuju dengan langkah ini yang dikhuatiri mengundang lebih banyak negativiti, malah boleh menyuntik sikap rebel terhadap pelajar secara tidak langsung.
Cukup!
Dan saya tidak boleh bersabar dengan kebiadapan kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam menghasut murid sekolah untuk melancarkan mogok dan protes di sekolah.— Adi Samad (@CikguAsmadi) May 2, 2021
Dalam pada itu, seorang guru meluahkan rasa kecewa di laman Twitter mengenai kempen yang bakal dianjurkan ini. Kata guru tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Asmadi, beliau sudah tidak boleh bersabar lagi dengan kebiadapan kumpulan-kumpulan yang terlibat menghasut pelajar sekolah bagi melancarkan mogok dan protes di sekolah.
Sementara itu, guru terbabit turut memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu. Beliau turut nyatakan tindakannya itu adalah atas rasa tanggungjawab bagi melindungi anak didik daripada anasir yang tidak sihat dan merosakkan pemikiran para pelajar.
Kalau mengikut beban kerja yg ada
Cikgu lebih layak buat mogok dan protes di sekolah
Contoh harus ditunjukkan guru dan saya sokong Cikgu Asmadi dlm isu ini
Tidak boleh murid murid kita dedahkan dgn perkara sebegini. Biarkan mereka belajar dulu https://t.co/XwiXfoAAyK
— Irfan_newboys???????? (@Marchfoward) May 3, 2021
Meninjau lanjut, rata-rata wargamaya tidak bersetuju kaedah mogok dan protes ini digunakan dalam kalangan pelajar di sekolah. Apa-apa pun, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini.
Sumber daripada: Twitter